Sunday 1 January 2012

Dua Satelit terbaru NASA masuki orbit bulan!

 

CAPE CANAVERAL, Florida 31 Dis. - Sepasang satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dijadual tiba di bulan hari ini dan esok bagi menyelesaikan misteri apa yang ada di bulan dan bagaimana ia boleh berada di situ.

Satelit seberat 303 kilogram yang dikenali sebagai Makmal Dalaman dan Pemulihan Graviti (GRAIL) itu diterbangkan ke bulan pada September lalu.

GRAIL A dijangka memasuki orbit bulan pada pukul 4.21 petang (5 pagi waktu Malaysia) hari ini, manakala GRAIL B pula akan memasuki orbit bulan 25 jam kemudian.

"Kami tidak akan meraikannya sehinggalah GRAIL B memasuki orbit pada lewat petang esok," kata pengurus projek, David Lehman.

Selepas ia berada pada kedudukan 55 kilometer di atas permukaan bulan, GRAIL akan terbang mengikut garisan dan kelajuannya bergantung kepada tindak balas graviti.

Data yang diperolehi oleh GRAIL akan digunakan untuk mengetahui apa yang ada di bulan, maklumat penting yang masih belum terjawab sehingga ke hari ini, walaupun lebih 100 misi ke bulan telah dilancarkan sebelum ini.

Saintis percaya bulan dibentuk ketika satu objek bersaiz planet Marikh menghentam Bumi sejurus selepas pembentukan sistem suria kira-kira 4.5 bilion tahun lalu. - REUTERS

2 comments:

  1. bgus donk menciptakan satelit buat diluncurkan ke bulan,pasti satelit baru

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...