Friday 6 January 2012

Lelaki ini alami ketumbuhan kaki terbesar Di Dunia!







HANOI: Seorang lelaki yang menderita ketumbuhan di kaki kanan yang beratnya lebih daripada tubuhnya sendiri, menjalani pembedahan membuang tumor itu di hospital semalam.

Ketumbuhan di kaki Nguyen Duy Hai, seberat 90 kilogram itu dibuang oleh sekumpulan doktor dalam satu pembedahan berisiko di mana kadar kejayaan hanyalah 50 peratus, kata pegawai hospital Perancis-Vietnam (FV) di Bandar Ho Chi Minh.


Hai 31, mengalami gangguan genetik dan menderita ketumbuhan itu sejak berusia empat tahun.
Sebahagian kakinya dipotong ketika dia 17 tahun, tetapi ketumbuhan yang bukan kanser, membesar membuatkan dia sukar untuk berjalan dan tidur.

Menurut laporan media, yang mengikuti kisah Hai sejak beberapa tahun, ketumbuhan itu adalah yang terbesar direkodkan di Vietnam.


Menurut kenyataan hospital, “Pembedahan ini mempunyai banyak risiko tinggi, termasuk kematian ketika ketika dalam pembedahan atau penjagaan selepas pembedahan.”

Pembedahan itu diketuai oleh seorang doktor dari Amerika Syarikat, Dr McKay McKinnon yang sebelum ini berjaya membuang ketumbuhan seberat 80 kilogram dari seorang wanita Romania pada 2004.

McKinnon melakukan pembedahan itu secara percuma dan kos lain sebanyak 250 juta dong (RM37,656) ditanggung melalui derma orang ramai. - Vietnam News.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...