Saturday 10 December 2011

Harga Beyonce Rm 359,000 seminit




LOS ANGELES: Penyanyi Beyonce Knowles dinamakan sebagai penghibur yang menerima bayaran paling tinggi di dunia yang mengenakan bayaran mengikut setiap minit kemunculan beliau di pentas.

Penyanyi Love on Top itu mengungguli satu kajian pendapat halaman web media sosial saucytime.com dengan memperoleh £1.25 juta (RM6.3 juta) bagi persembahan yang membabitkan nyanyian lima buah lagu pada satu majlis persendirian sambutan Tahun Baru 2010, yang menyamai pendapatan sebanyak £71,040 (RM359,000) bagi setiap minit persembahan beliau di pentas, lapor femalefirs.co.uk.
Tempat kedua adalah penyanyi Mariah Carey yang menerima bayaran £630,000 (RM3.2 juta) bagi satu persembahan membabitkan nyanyian empat buah lagu di sebuah parti yang sama diadakan tahun sebelumnya di kepulauan Caribbean yang sama.


Penyanyi yang menduduki tempat ketiga pula adalah Kylie Minogue yang dibayar sebanyak £33,000 (RM166,00) bagi setiap 60 saat. Beliau menyanyi di sebuah majlis pelancaran di Hotel Atlantis, Dubai pada November 2008. Ia diikuti Jennifer Lopez yang menerima bayaran hampir £25,000 (RM126,000) seminit dari seorang jutawan Russia, Andrei Meinichenko ketika muncul di majlis sambutan hari jadi isterinya pada 2007.


Sementara itu, Beyonce dikatakan terus membangkitkan tanda tanya mengenai kebenaran mengenai berita kehamilan beliau ketika muncul dalam persembahan Late Night With Jimmy Fallon.
Penyanyi berkenaan mempersembahkan single terbarunya, Countdown dalam rancangan berkenaan tetapi perutnya tidak kelihatan seperti sedang hamil.


Ketika pengacara memperkenalkan kemunculan penyanyi itu, beliau mengenakan baju singkat hitam dan langsung tidak kelihatan seperti hamil enam bulan seperti yang didakwa.
Bagaimanapun penyanyi berusia 30 tahun itu sebenarnya muncul melalui persembahan yang dirakamkan lebih awal ketika musim panas lalu.


Penonton jelas tidak menyedari bahawa Fallon menjadikan bintang Amerika Syarikat itu seperti benar-benar berada di studio berkenaan. Ketika pengacara menunjukkan album terkini penyanyi itu beliau memandang kamera sambil berkata: “Malam ini dia di sini untuk mempersembahkan lagu Countdown dari album terkininya, Four. Dipersilakan Benyonce.”

Penonton di studio kemudian bersorak dan mula memberikan tepukan kepada seseorang yang sebenarnya tidak berada di sana. – Agensi

2 comments:

  1. untungla dia artis kan..

    ReplyDelete
  2. Haha.. Dia dah kaya gila, pastu nak kaya lagi..
    untung sgt lah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...