Sunday 11 December 2011

Blackberry tiada kemampuan mem"block"



LONDON 11 Dis. - Syarikat telefon pintar, BlackBerry menimbulkan kontroversi selepas ia mendedahkan pelanggannya boleh melayari bahan kandungan berunsur seks di Internet termasuk pornografi melibatkan kanak-kanak.

BlackBerry sejak musim panas lalu gagal menyediakan perisian bagi menghalang pengguna termasuk kanak-kanak daripada melayari laman-laman web yang diharamkan.

Laporan tersebut akan menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa kerana remaja merupakan jumlah pengguna terbesar daripada lapan juta pemilik telefon pintar itu di United Kingdom.

Badan penguatkuasa industri telekomunikasi Britain, Ofcom kelmarin melaporkan, pihaknya sangat bimbang mengenai isu tersebut dan berbincang dengan pemilik BlackBerry, Research in Motion (RIM) untuk menyelesaikan masalah itu.

Semua operator telefon bimbit di Britain perlu mematuhi peraturan operasi yang memastikan mereka menghalang akses kepada laman web berunsur seks.

Jurucakap RIM berkata, pihaknya akan mencari penyelesaian kepada isu itu menjelang akhir tahun ini.

Seorang jurucakap Pusat Perlindungan Eksploitasi Kanak-kanak di Talian berkata, semua operator mempunyai tanggungjawab untuk membantu melindungi keselamatan dalam talian dan menutup sebarang peluang oleh pelaku jenayah.

"Ia amat membimbangkan jika tindakan ini tidak diambil,'' ujarnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...