Sunday 11 December 2011

Datin Ghairah ??



        

Baca tajuk filem pun macam over je.Fiem Datin Ghairah ini bakal dilakonkan oleh Maria Farida sebagai watak utama dan Aaron Aziz sebagai hero.

Filem nie bergenre komedi,namun dari trailer yang sensasi tengok dengan gelek2 Maria Farida tue,nampak sangat Filem nie cuma mempromosikan dengan mengeksploitasikan keseksian Maria Farida,dan nama Filem ppun dah terjerumus ke arah publisiti Murahan.

Bagi peminat Filem tanahair yang sukakan komedi santai dan tak semak kepala,bolehlah enjoy Filem nie,yang bakal ditayangkan tak lama lagi..Tarikh sebenar belum diketahui..

Sebenarnya dalam Filem nie,Maria Farida tue yang namanya Datin Ghairiah..

watak utama dalam cerita ni



DATIN GHAIRIEYAH atau lebih dikenali sebagai DATIN GHAIRAH adalah balu kepada arwah DATO MAHFUZ seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. EMELIA dan EMELDA adalah hasil perkongsian hidupnya selama hamper 20 tahun bersama Dato Mahfuz. Walaupun hidup dalam serba kemewahan, meraka berdua amat lemah dalam pelajarannya terutamanya mata pelajaran matematik,ini membuatkan Datin Ghairieyah mengarahkan setiausaha kerjanya MELISSA mencari seorang guru yang boleh mengajar mata pelajaran matematik melalui internet dan iklan dalam akbar tempatan.

Selama hampir dua tahun status janda yang disandang oleh Datin Ghairieyah sedikit pun tidak melemahkan dirinya untuk meneruskan empayar perniagaan peninggalan arwah suaminya Dato Mahfuz,dia semakin ghairah untuk memperluaskan empayer perniagaan dengan bantuan CAPT.(R)LOQMAN seorang bekas pegawai TLDM yang berpengalaman serta mendapat sokongan daripada CIK MELISA sebagai setiausaha kerjanya,ENCIK FAIZAL dan ENCIK HAIRIE penyelia di syarikatnya.Kehidupan seharian Datin Ghairieyah dan anak-anaknya bertambah terjamin dengan adanya seorang pegawal peribadi yang bernama BADRI atau lebih dikenali sebagai BOB. SUFIAN seorang ahli perniagaan,dia juga merupakan rakan karib arwah DATO MAHFUZ.SUFIAN sedaya upaya cuba untuk memikat DATIN GHAIRIEYAH demi kepentingan perniagaannya.

"Karektor saya bukan saja seksi, tetapi seorang yang moden, bergaya dan penggoda. Dari segi watak, rasanya tidak terlalu sukar buat saya kerana saya memang sudah biasa dengan watak-watak seksi seperti ini. Apa yang pasti, filem ini memang menyeronokkan. Nantikanlah saja tayangannya tahun depan, ye," tutur Maria dalam nada ceria.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...