Wednesday, 14 December 2011

Tentera laut Australia tampar punggung kealsi wanita berkali-kali!



SYDNEY: Seorang pegawai kanan tentera laut Australia didapati bersalah di mahkamah tentera, semalam kerana berulang kali menampar punggung kelasi wanita bagi menguji disiplin dan ketaatannya.

Leftenan Komander John Alan Jones, 58, didapati bersalah atas tujuh dakwaan mencabul.


Sidang mahkamah tentera mendedahkan dua insiden berlaku tahun lalu ketika Jones bertugas di kapal bekalan. Kelasi wanita berkenaan terpaksa berbaring di riba Jones ketika punggungnya ditampar tanpa seurat benang.



Jones memberitahunya “ia adalah ujian bagi melihat setakat mana disiplin dan ketaatan anda”, dalam satu rakaman yang dibuat kelasi itu secara rahsia dalam satu daripada pertemuan mereka dan yang diperdengarkan di mahkamah.


Jones mengakui melakukan beberapa perlakuan itu tetapi menafikan ia berlaku tanpa kerelaan atau menjurus kepada perbuatan mencabul. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...