Sunday, 11 December 2011

Super Junior kalahkan Demi, Britney

Super Junior


Amat menarik perhatian dan kejayaan terbesar bagi kumpulan K Pop, Super Junior, kerana populariti mereka bukan sahaja berkembang pesat di Korea malah di negara maju yang lain.

Dalam satu senarai yang dibuat oleh sebuah laman di Amerika ‘Top 10 Trending Music Artists, Super Junior menduduki tempat keempat popular di Amerika dan sekali gus mengalahkan bintang negara itu seperti Britney Spears dan Demi Lovato.

Tidak perlu dipertikaikan lagi kehebatan kumpulan ini kerana selain muziknya yang hebat, ahlinya sangat ramah dan aktif di laman sosial. Maka tidak hairanlah jika ahlinya digelar The King of Twitter World.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...