Sunday 11 December 2011

NASA temui planet baru!






CALIFORNIA - Sebuah planet hampir sama dengan Bumi ditemui sedang mengelilingi bintang seperti matahari pada jarak 600 tahun cahaya, atau 6000 trilion kilometer dari Bumi.

Penemuan yang diumumkan saintis, kelmarin, dianggap detik penting dalam pencarian berterusan kehidupan lain di angkasa lepas.

Planet dinamakan Kepler-22b itu adalah satu daripada 500 planet yang mengelilingi bintang di luar sistem solar Bumi dan dipercayai mempunyai air di permukaannya, iaitu keperluan paling penting untuk hidup.

“Kepler-22b mempunyai saiz serupa dengan Bumi dan mungkin boleh didiami,” menurut ahli astronomi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), Natalie Batalha.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...