
SPRINGFIELD - Teknik suntingan baru lebih mudah untuk menambah gambar yang tidak wujud tanpa menggunakan peralatan teknologi khas bakal membuka era baru dalam dunia fotografi.
Kaedah unik itu dihasilkan pengatur cara, Kevin Karsch dan akan diperkenalkan kepada umum semasa Sidang Grafik Komputer, Siggraph yang diadakan di Hong Kong pada bulan ini serta ia didakwa lebih canggih berbanding perisian grafik, Adobe Photoshop.
Karsch berkata, sebenarnya sukar untuk membuang objek dari dalam gambar berbanding memasukkannya tanpa dikesan oleh sesiapa tetapi dengan perisian ciptaannya ia menjadi lebih mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit.
“Pada masa ini, untuk memasukkan objek ke dalam gambar memerlukan langkah yang teliti dan memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan. Tetapi dengan perisian dilengkapi dengan model kasar tiga dimensi (3D) tersebut, pengguna hanya perlu menambah objek tidak wujud ke dalam gambar dengan mudah,” jelasnya.
Beliau juga menyatakan perisian ciptaannya itu hanya memerlukan sedikit suntingan daripada pengguna kerana sistem tersebut telah dilengkapi sistem automatik tanpa memerlukan terlalu banyak prosedur semasa menambahkan objek lain.
“Gambar yang dihasilkan adalah realistik dan lebih berkualiti,” menurutnya lagi.
nama software nih apa?
ReplyDeletetpu lar ni name software pon bani nk ckp
ReplyDeleteapa nama software ni ?? dah kluar kew kat pasaran malaysia ??
ReplyDelete