Monday 12 December 2011

Pm zimbabwe dihukum sebab berkahwin....




HARARE: Perdana Menteri Zimbabwe, Morgan Tsvangirai, didenda dua ekor lembu dan dua ekor kambing biri-biri oleh seorang pemimpin masyarakat kerana melanggar budaya tempatan yang melarang perkahwinan diadakan pada bulan November, lapor akhbar di sini.

Tsvangirai, 59, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan tempatan, Locadia Tembo, dalam satu upacara tradisi 21 November lalu.

Media tempatan turut memberi tumpuan kepada kakak Tembo yang juga seorang ahli politik yang menganggotai parti Presiden Robert Mugabe.
Tsvangirai dilaporkan membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan dikenali sebagai ‘lobola’, iaitu wang tunai AS$36,000 (RM113,679.79) dan 15 ekor lembu kepada mentuanya.

Dua belas hari selepas itu, Tsvangirai mengumumkan beliau menamatkan perkahwinan mereka serta mendakwa dia sudah membayar ganti rugi kepada keluarga Tembo selepas wanita itu hamil kembar.

Ketua masyarakat berkenaan, Negomo of Chiweshe di daerah tengah Mashonaland, mendenda perdana menteri dengan dua ekor lembu, dua ekor biri-biri dan 10 meter kain putih kerana membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan ketika bulan suci November.

Isteri barunya pula dikenakan denda dua ekor lembu, dua ekor biri-biri dan seekor kambing kerana menerima mas kahwin itu. Tetapi, Tsvangirai sebelum itu sudah menegaskan bahawa beliau tidak mengiktiraf bidang kuasa ketua tempatan berkenaan.
Isteri pertamanya, Susan meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada 2009. Tsvangirai cedera parah dalam kejadian itu. – AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...