Thursday, 15 December 2011

Warga Emas Tikam Doktor!



SEORANG doktor ditikam dua kali di bahagian pinggang oleh seorang lelaki warga emas yang datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta berhampiran Magazine Road, di George Town malam tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 9 malam, ketika suspek berusia 67 tahun itu berada di dalam bilik bersama Dr Lee Kok Seng di kliniknya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng yang dihubungi mengesahkan kejadian.

"Polis juga menemui sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian. Motif kejadian belum dapat dipastikan,” katanya.

Susulan itu, suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bernama difahamkan mangsa dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...