Sunday 11 December 2011

Modelling dalam pesawat






LA PAZ, Bolivia - Para penumpang yang menaiki sebuah penerbangan Bolivia tidak menyangka pesawat mereka bertukar menjadi pentas peragaan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Mereka terkejut tetapi teruja melihat barisan model jelita memperaga pakaian dalam seksi semasa menaiki sebuah pesawat syarikat penerbangan kebangsaan Bolivia (BoA) dari bandar raya ini menuju ke bandar Cochabamba, juga di Bolivia pada Jumaat lalu.

Tidak mahu detik manis itu dibiarkan berlalu, ramai penumpang mengabadikan aksi model-model itu dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.

Mereka diupah oleh pengeluar pakaian dalam, Ronied sebagai sebahagian kempen pengiklanan jenama berkenaan. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...